jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat2 berikut.
1. Kuat almalan agamanya, menjaga solat fardu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. sifat ini boleh dilihat terutamanya sewaktu bersukan.
2. Akhlak yang baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah tolak ansur. pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hati yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. tidak berkunjung ke tempat2 yang boleh menjatuhkan kredibitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
9. Bertanggungjawab, lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya
10. Wajah yang tenang. tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atas semasa kecemasan
No comments:
Post a Comment