style="background: url(http://thecutestblogontheblock.com/wp-content/uploads/2012/06/orange-you-glad-3C-free-blog-background-teal-gray-modern.jpg) center top fixed no-repeat !important;">

Saturday 7 May 2011

ISTIMEWANYA MENJADI WANITA

Istimewanya wanita sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Syukur kepada ilahi........

  1.  Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda "ibu lebih penyayang daripadabapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2.  Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh3.  Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali4.  Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh5.  Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.6.  Barangsiapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Dan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail a.s.7.  Tidaklah seorang wanita yang haid itu,kecuali haidnya merupan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "alhamdulillah kulli halin wa astaghfirullah" yang bermaksud "segala puji bagi Allah alam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa". Maka, Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui silatul mustaqim, aman dari seksaan, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat seperti 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.8.  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama rasulullah s.a.w. di dalam syurga.9.  Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan denga mereka dan mendidik dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

10.      Daripada aisyah r.ha. "barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"11.      Syurga itu di bawah tapak kaki ibu12.      Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.13.      Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.14.      Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya ( serta menjaga solat dan puasanya ).15.      Aisyah r.ha. Berkata "aku bertanya kepada rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" jawab baginda, "suaminya" "siapa pula berhak terhadap lelaki ?" jawab rasulullah s.a.w. "ibunya".16.      Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan ( ramadhan ), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.17.      Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 )18.      Apabila seseorang perempua mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat utuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.19.      Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

  20.      Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.  21.      Wanita yang hamil akan mendapat beribadat pada malam hari.  22.      Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  23.      Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.24.      Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.25.      Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya ( susu badan ) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikanya.26.      Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh ( 2 ½ tahun ), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.27.      Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.28.      Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.29.      Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya. Dan bila dihiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 30.      Apabila seseorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatnya seribu darjat.31.      Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari mana saja tanpa dihisab.
32.      Mana-mana wanita yang menunggu suaminya sehingga pulang, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suami sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorangpun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

33.      Tidakkah putus ganjaran dari Allah kepada seseorang apabila isterinya yang siang dan malamnya mengembiraka suaminya.34.      Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.35.      Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.36.      Wanita yang melayan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.37.      Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.38.      Dari hazrat muaz "mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka"
39.      Thabit al banani berkata "seorang wanita dari bani israel yang buta sebelah mata sangat baik khidmatnya kepada suami. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suami, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya ).40.      Pada suatu ketika di madinah, rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" jawab mereka, "tidak" sabda baginda "seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu.tetapi tingAllah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.



Friday 6 May 2011

LUAHAN HATI....

Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak  dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu


Jika kamu menadah air biarlah ia berpada, janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh ..cukuplah sekadar keperluanmu...apabila sesekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...akhirnya ia terbuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh  digunakan lagi....




Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga  akhirnya.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi ...yang kamu pasti baik untuk dirimu. mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya dan kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...


"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"


CINTA DAN PENGORBANAN



Cinta sejati akan sentiasa diuji untuk dilihat sehebat mana cintanya itu. Cinta sejati juga memerlukan pengorbanan untuk membuktikan keikhlasannya dalam bercinta. Kisah cinta sesama manusia memang sentiasa hebat diperkatakan, namun ianya hanyalah sementara di persinggahan negeri yang bergelar 'dunia'. Kisah cinta seorang hamba kepada Khaliqnya banyak dipaparkan di dalam al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. serta paparan kisah umat-umat terdahulu. Kisah cinta dan pengorbanan yang sejati boleh kita susuri dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. yang telah dipaparkan di dalam al-Qur’an al-Kareem. Setelah beliau mengenal dan mengetahui siapa Tuhannya yang hakiki, beliau pun terus jatuh cinta kepadaNya. Kemudian Tuhannya pun berkenan Menyambut cintanya itu dan Menjadikannya sebagai kekasihNya (Khalilullah).“Dan Allah mengambil Ibrahim sebagai kekasihNya” . 

Oleh karena Nabi Ibrahim a.s. begitu memahami pengertian cinta sejati dan tuntutan ke arahnya, maka beliau sanggup berkorban untuk Yang dicintainya kerana memang cinta menuntut kepada pengorbanan. Di atas Ketentuan Kekasihnya, Ibrahim as diminta untuk mengorbankan satu-satunya putera kesayangan beliau iaitu Ismail a.s. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya menunggu kehadiran cahaya hati, namun di atas Iradah Kekasih hati beliau rela melepaskan puteranya itu untuk menjadi korban.
Itulah sekelumit kisah cinta antara seorang hamba dengan Khaliqnya. Kisah ini sungguh menyayat hati, yang tersirat di dalamnya pengorbanan seorang ayah dan pengorbanan seorang anak yang sanggup dikorbankan. Ia lahir dari penghayatan akan cinta yang amat mendalam kepada Rabbul Izzati. Begitu juga kisah syahidah pertama dalam Islam iaitu Sumayyah r.a. Beliau rela mengorbankan jiwa raganya demi mempertahankan akidah yang dicintainya. Sayyidina Ali k.w. pula walau dalam usia remaja, sanggup menggantikan Rasulullah s.a.w. di tempat tidurnya sewaktu peristiwa hijrah. Walaupun diketahui maut pasti menantinya, tapi demi kecintaannya yang tinggi kepada kekasih Allah beliau rela berkorban.

Sayyidina Abu Bakar al-Shiddiq r.a. pula sangat terkenal dalam kehebatan cintanya terhadap al-Rasul Khatimul Anbiya'. Beliau rela membiarkan tangannya dipatuk ular ketika Rasulullah s.a.w. sedang tertidur di pangkuannya di dalam gua. Beliau tidak sanggup tubuh orang yang dicintai lagi dikasihinya dijamah dek kesakitan. Satu contoh pengorbanan yang sungguh hebat dan tidak mampu dilakukan oleh kita yang terlalu dhaif imannya iaitu senipis kulit bawang....
Siri-siri pengorbanan seterusnya disambung pula oleh para mujahideen khususnya di Palestin dalam memperjuangkan Islam tercinta dan membebaskan tanahair dari kezaliman puak zionis laknatullah. Mereka rela nyawa sebagai taruhan dari Islam dipijak-pijak oleh puak kuffar laknatullah. Ini kerana SYAHID FISABILILLAH adalah cita-cita.
Demikianlah antara kisah cinta sejati, pengorbanan hakiki, yang pasti balasannya syurga Ilahi. Bagaimana pula dengan kita??? Apakah bukti kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya? Jauh sekali mempertaruhkan nyawa, namun untuk melawan godaan nafsu pun masih tidak mampu. Adakah kita layak untuk mendapat tempat disyurgaNya? Sungguh malu rasanya jika difikirkan perbezaan iman umat terdahulu dan kita umat akhir zaman.. Sempena 'Idul Adha ini, marilah kita menginsafi sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan dalam perjuangan ini..bagaimanakah nasib kita di Akhirat kelak....Wallahu'alam bissawab...

BERSAHABATLAH SAMPAI KE SYURGA


 Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya, dengan kebersamaan. Tapaki perguliran pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Harus. Kita tak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengandalkan kemampuan sendiri. Karena, kita diciptakan sebagai makhuk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah."

Kebersamaan dan pertemanan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. Ibnu Katsir mengatakan, “seluruh pertemanan dan persahabatan yang tidak karena Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan”. Begitu juga pesan Rasulullah saw dalam haditsnya, yang menyebutkan bahwa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.





Hati-hatilah menyusuri jalan kebersamaan dengan orang-orang shalih. Waspadalah untuk tidak melakukan penyimpangan, yang membuat kesenjangan diri kita dengan mereka. Salim Abi Ja’ad mengatakan bahwa Abu Darda pernah berkata, “Hendaklah seseorang berhati-hati bila ia dibenci oleh hati orang-orang beriman dari arah yang tidak ia sadari”. Kemudian sahabat Abu Darda bertanya, “Tahukah kalian apa yang dimaksud dengan kata-kata itu?” Salim mengatakan ia tidak mengerti. Abu Darda menjelaskan, “Yaitu seorang hamba bermaksiat kepada Allah dalam keadaan sendiri lalu Allah menghujamkan kemarahan-Nya dalam hati orang-orang beriman tanpa ia sadari”.

Kemarahan hati orang beriman, adalah kesengsaraan. Kebencian orang-orang beriman adalah pangkal kesempitan dan penderitaan. Karena merekalah sebenarnya yang dapat mengubah dunia dengan segala permasalahannya menjadi indah. Mulut-mulut merekalah yang menuangkan nasihat dan membicarakan kalimat demi kalimat yang dapat menentramkan hati. Lidah-lidah merekalah yang menyiram hati kita untuk senantiasa berada dalam keridhaan dan tidak terlalu jauh menyimpang dari ridha Allah SWT. Tangan-tangan merekalah yang menuntun kita. Telapak tangan merekalah yang tertengadah di malam sunyi dan gelap malam hingga memberi kekuatan iman dalam diri kita. Ingatlah sabda Rasulullah tentang doa seorang mukmin di tengah malam yang dijamin Allah SWT.



Bersahabat dengan mereka, akan mendekatkan kita pada Allah. Dan ketaatan kita pada Allah, juga akan mendekatkan kita pada mereka. Ibnu Asakir meriwayatkan, Abu Darda menulis surat pada Maslamah bin Makhlad. “Seorang hamba jika ia telah berbuat kebajikan untuk taat kepada Allah, maka Allah mencintainya. Bila Allah telah mencintainya, Allah akan menjadikan makhluk cinta padanya. Dan bila ia bermaksiat pada Allah, maka Allah akan memarahinya. Bila ia telah dimarahi olehnya, maka Allah akan menjadikan seluruh makhluk benci padanya”.

cInTa SeJaTi


cinta sejati tidak semudah membalik telapak tangan, perlu pemikiran dan kondisi yang ideal untuk menentukan bahwa seseorang adalah cinta sejati Anda. tips untuk cinta sejati... 
1.Jangan mencarinya.Cinta tidak datang pada seseorang yang mencarinya. Jika memang Anda baru saja mengakhiri suatu hubungan, fokuslah pada diri dan kehidupan pribadi terlebih dahulu. Tidak perlu terburu-buru mencari cinta yang baru, dan nikmati kesendirian Anda.
2. Bergaul dan hang out. Hal itu akan membuka kesempatan bagi Anda untuk bertemu orang baru. Siapa tahu salah satu di antara mereka adalah cinta sejati Anda. 
3. Berani ambil risiko. Jika suatu hari Anda bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan kriteria cinta sejati, jangan ragu untuk mengambil langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin hubungan. Kerana kesempatan tak datang dua kali.
 4. Yang paling penting, cintai diri Anda terlebih dahulu. Hiduplah dengan bahagia dan jangan pernah melepaskan harapan. Yakinlah, setiap orang diciptakan berpasangan. Masalahnya hanyalah mendapatkan orang yang tepat, di waktu yang tepat.
Apakah Anda percaya ada cinta sejati di hidup Anda? Bagaimana caranya menemukan cinta sejati? Apakah bf or gf yang selama ini menjadi pasangan kita merupakan cinta sejati kita?Pada suatu hari ashraf bertanya pd Gurunya : “Apakah Cinta Sejati itu?”Guru: Berjalanlah lurus di taman Bunga yg Luas, Petiklah 1 bunga yg Terindah menurutmu, Dan jangan pernah berbalik ke belakang !
Kemudian Ashraf melaksanakannya dan kembali dgn tangan hampa..Guru: mana Bunganya?Ashraf menjawab: Aku tidak bisa mendapatkannya, sebenarnya aku telah menemukannya, tapi aku berfikir, di depan ada yg LEBIH Bagus lagi….ketika aku telah sampai di ujung taman, aku baru sadar bahwa yg aku temui pertama tadi adalah yg terbaik, tapi aku. tidak bisa kembali lagi ke belakang…Guru: seperti itulah Cinta Sejati,semakin kamu mencari yg terbaik, maka kamu tak akan pernah menemukannya..Jika kamu sudah menemukan cinta dan terikat dalam sebuah mahligai perkawinan, ‎​janganlah sekali-sekali mencuba tuk berpaling kelain hati, karana itulah awal sebuah kehancuran.Jangan pernah sia-siakan cinta yg pernah tumbuh dihatimu..Karana waktu tidak akan pernah berputar dan kembali.
i love him..
It all started with pretense, but now it all feels real to me. But I do not knowwith what you feel. Somehow Ithink this is growing up without knowing it, Ireal love you,,,,,,,,, but I dare not express it. As-is all just going to endpainfully. better I think it's buried somewhere until when I do not know for sure how much I love you. Irealize with all its faults I would not have youcompletely. Let all this will only become part of the story of my life journey. Inow own worse without you. tried to rise to reach a dream. yes, my dreamswith you ...
Did I really do not deserve you! maybe,,,, but I think it could not remove it alone. Think it is sopervasive inmy heart in that I can not look at the other a sincere to me.
O God, make my love for him to affirm my love for you ....
Honestly I just want you to know with what I feel right now, but I Takka say directly to you because it will only make you away from me, and maybe forever. Indeed this sensehas existed since a long time since you are still with him. I will always miss & love you...... 









BuaT aYaH YaNg TeRsaYanG..






Ayah..
Berderai air mataku tatkala aku membaca Yasin di hadapan pusaramu,
Jatuh bercucuran bak hujan di saat aku mengenangkan pengorbananmu,
Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu,
Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu.
Ayah...
Ku kirimkan sebaris doa senada kasih sayangku,
Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi nan kedinginan,
Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku,
Anakmu di dunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu.
Ayah...
Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan,
Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku,
Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku,
Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI.
Ayah...
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi.
Ayah...
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah ibuku di dunia dan akhirat.

JaNgaN Di TaNgiSi aPa YanG BuKaN MiLikMu...





Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

Thursday 5 May 2011

10 SifaT caLoN sUaMi YanG BaiK

jika anda wanita, carilah sifat2 berikut..
jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat2 berikut.

1. Kuat almalan agamanya, menjaga solat fardu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. sifat ini boleh dilihat terutamanya sewaktu bersukan.

2. Akhlak yang baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah tolak ansur. pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hati yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. tidak berkunjung ke tempat2 yang boleh menjatuhkan kredibitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.

9. Bertanggungjawab, lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya

10. Wajah yang tenang. tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atas semasa kecemasan


aKu SaYaNg aYah




Setahun sudah kau pergi Ayah
Dan ku pastikan engkau tak kan pernah kembali

Kenapa kepergianmu begitu cepat
Di saat aku mulai mengenalmu
Di saat aku mulai merasakan kasih sayangmu

Ayah...
di saat aku merinduimu,, air mata ku selalu mengalir
aku hanya mampu menatap gambarmu

pemergianmu amat bermakna dalam hidupku
aku sangat sedih kerana tidak dapat melihat wajahmu buat kali yang terakhir

Ayah...
Apakah masih ada waktu untuk mengulang semua itu
Setidaknya beri aku kesempatan tuk ucapkan
Untuk pertama dan terakhir kalinya
Sebuah perasaan yang telah lama kupendam

Ayah...
Apakah kau pernah tahu bahawa...
Aku sayang Ayah